Harta bersama meliputi bahagian bangunan dan tanah di mana bangunan
yang tidak termasuk dalam sebarang petak atau petak aksesori dan baki
lot yang tidak terkandung dalam mana-mana blok sementara.
Contoh harta bersama ialah papan notis, tangga, gril untuk masuk dan
keluar(berhampiran tangga), koridor, tong sampah, rumah sampah, kawasan
longkang, tangki air, pembetung, paip, wayar, kabel dan saluran yang
memberi kemudahan kepada lebih daripada satu petak; bahagian luar semua
bahagian bersama bangunan, surau, padang permainan dan kawasan rekreasi,
jalan masuk, ruang terbuka, kawasan landskap, dan segala kemudahan dan
pemasangan lain dan mana-mana bahagian tanah yang digunakan atau boleh
digunakan atau dinikmati bersama oleh semua penghuni bangunan itu.
Kerjasama anda adalah dipohon untuk menentukan harta bersama dapat
dijaga dengan baik agar kita dapat memanfaatkan sepenuhnya kemudahan
yang disediakan dan tiada seorang pun daripada kita dinafikan daripada
menikmati kemudahan tersebut. Dengan itu anda atau mana-mana orang yang
menjadi penghuni bersama atau tetamu anda DILARANG daripada melakukan
perkara yang berikut :-
- Merosakkan atau mencacatkan mana-mana bahagian harta bersama.
- Membiarkan binatang belaan aatau ternakan di luar unit masing-masing sehingga mengganggu atau menimbulkan kemarahan penghuni lain.
- Memasak atau mengadakan jamuan atau apa-apa majlis di kawasan bersama tanpa mendapat kelulusan pihak pengurusan.
- Menyidai pakaian seperti di balkoni, tingkap atau koridor sehingga merosakkan pandangan kawasan.
- Membuat bising sehingga mengganggu penghuni lain.
- Menggunakan perkataan atau mempamerkan perilaku yang menimbulkan kemarahan panghuni lain atau yang memalukan.
- Meletakkan kereta, motorsikal atau apa-apa jenis kenderaan lain tidak ditempat yang dikhaskan.
- Meletakkan tanda arah, menampal poster atau notis di mana-mana bahagian harta bersama tanpa kebenaran pihak pengurusan.
- Mengubah lokasi mana-mana struktur atau bahagian harta bersama seperti yang telah disebutkan di atas.
- Membiarkan kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun menggunakan kemudahan harta bersama tanpa diiringi oleh ibu bapa atau orang dewasa.
- Berpakaian tidak sopan atau tidak sesuai semasa berada di kawasan luar daripada unit sendiri.
- Dilarang melakukan kerja-kerja pengubahsuaian untuk kediaman atau kedai pada hari ahad, cuti umum dan selepas waktu pejabat.
PENGGUNAAN SURAU
- Kepada umat Islam khasnya, penting bagi kita menjaga kebersihan surau.
- Menjaga peralatan dan harta benda surau.
- Padamkan lampu dan kipas setelah selesai menggunakan surau.
- Tutup pili air selepas habis berwuduk.
- Sentiasa laporkan kepada pihak pengurusan sekiranya terdapat sebarang kerosakan.
No comments:
Post a Comment