Info Pengguna - Kumpulan Wang Pelepas - Sinking Fund
Ramai yang masih berasa keliru dan tidak mengetahui mengapakah kita
membayar Kumpulan Wang Pelepas atau dikenali sebagai “Sinking Fund”
untuk pangsapuri sedangkan dalam masa yang sama kita juga membayar yuran
penyelenggaraan.
Dalam hal ini terdapat empat persoalan yang terlintas dalam fikiran penghuni rumah bertingkat seperti ini.
1. Adakah Perbadanan Pengurusan (Management Corporation) mempunyai
bidang kuasa di bawah undang undang untuk mengutip wang daripada pembeli
rumah bertingkat?
2. Apakah peranan kutipan wang yang diambil khas untuk sinking fund ini
jika dibandingkan dengan bayaran perkhidmatan penyelenggaraan?
3. Bolehkah perbadanan pengurusan menyalahgunakan kumpulan wang pelepas untuk pelbagai alasan?
4. Sekiranya berlaku penyalahgunaan kumpulan wang pelepas, apakah hak kita sebagai Pembeli Rumah?
Penerangan:
Akta 46 Hakmilik Strata 1985 dan Jadual H Akta Pemajuan Perumahan
(Kawalan dan Pelesenan) 1989 menjelaskan sinking fund ataupun kumpulan
wang pelepas diungkapkan sebagai tabung istimewa “special fund” dan ia
boleh dikutip untuk memenuhi keperluan penting bangunan.
Pembeli rumah tidak harus keliru dengan kedua dua pengutipan wang oleh
badan pengurusan ataupun management corporation iaitu sinking fund dan
juga maintenance charge kerana masing - masing mempunyai fungsinya
tersendiri dimana kutipan wang maintenance ataupun penyelenggaraan
digunakan untuk perkhidmatan penyelenggaraan bangunan ataupun apartment
sendiri misalnya untuk kerja-kerja pembersihan, dan untuk menyelenggara
surau, dewan serbaguna, pengurusan dan sebagainya.
Sebaliknya sinking fund pula digunakan sebagai wang kecemasan /reserve
fund dimana wang tersebut digunakan khas untuk membaiki kerosakan
utiliti dan penggantian baru di apartment, selain itu sinking fund juga
digunakan untuk mengecat keseluruhan bangunan beberapa tahun sekali
untuk mengekalkan kualiti bangunan.
Pembeli rumah bertingkat secara peringkatnya, hendaklah pada tarikh
mengambil pemilikan kosong “vacant position” mencarum kepada kumpulan
wang penjelas dengan sepuluh peratus (10) daripada bayaran perkhidmatan.
Pembeli hendaklah membayar deposit satu (1) bulan dan tiga (3) bulan
pendahuluan sebagai caruman kepada Kumpulan Wang Penjelas mulai tarikh
pemilikan kosong dan selepas itu caruman yang sedemikian hendaklah
dibayar satu bulan terdahulu.
Mengikut Akta Strata 1985 dan Jadual H Akta Pemaju Perumahan (Kawalan
dan Pelesenan) 1989 hanya membenarkan beberapa perkara terhad untuk
Badan Pengurusan menggunakan wang sinking fund ini adalah demi
kepentingan pencarum dan agar penggunaan wang yang adil dapat dijamin.
Namun apa yang membimbangkan Pembeli rumah bertingkat adalah
penyalahgunaan kutipan tersebut, setelah meneliti undang-undang
berkenaan adalah didapati terdapat beberapa kekurangan misalnya
kekurangan panduan dalam isu cara pengumpulan dan penggunaan standard
dan tidak dijelaskan dengan lebih terperinci lagi penggunaanya dan
hadnya. Selain itu tidak juga dijelaskan dengan baik bagaimana wang itu
harus di urus dengan transparensi yang lebih baik atau tanggungjawab
badan Pengurusan untuk memberi penjelasan teliti akaun.
Walaubagaimanapun pembeli ataupun konsumer secara umumnya harus diberi
pengadilan yang lebih baik dengan memberi lebih tanggungjawab kepada
badan pengurusan untuk menjadi lebih akauntabiliti dan untuk mencapai
motif pengumpulan sinking fund yang lebih mantap dan objektif.
Klausa 20 Jadual H mengatakan bahawa pemaju seharusnya menyimpan
kutipan wang penjelas sebagai amanah sehinggalah badan Pengurusan
ditubuhkan. Pemaju atau ejennya seharusnya memberikan audit tahunan
kepada semua pembeli untuk menjelaskan berapa jumlah wang yang yang
disimpan dan digunakan untuk keperluan bangunan.
Dengan ini kami pihak NCCC berharap Pembeli atau konsumer menjadi lebih
peka dan bijak dalam masalah sinking fund dan perumahan bertingkat.
Kami menerima banyak panggilan daripada Pembeli dan penghuni rumah
beringkat untuk mendapat nasihat mengenai masah Perbadanan Pengurusan
mereka yang menyalahgunakan wang sinking fund mereka, untuk pengetahuan
ramai ini adalah salah disisi undang undang kerana sinking fund
mempunyai matlamat tertentu dan didefinasikan oleh undang-undang
mengenai pengunaannya.
Sekiranya terdapat penyalahgunaan wang sinking fund ajukan aduan kepada
NCCC dan Kementerian Perumahan untuk tindakan lanjut ini adalah kerana
penyalahgunaan wang tersebut adalah pecah amanah dan salah disisi undang
undang.
Sumber Artikel: Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional